hari ni aku nk bicangkan tetang Sains Komputer dan Jurutera
.Aku nak kupaskan sedikit mengenai bidang
ini, namun aku mengfokuskan kepada 'Jurutera' rangkaian, sistem dan
perisian, yang jarang orang kenali selain dari bidang utama jurutera
awam, mekanikal, electrik dan kimia.
Umum
- Semua orang sedia maklum, jurutera dirujuk sebagai "orang yg terlatih dlm mereka, membuat, dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dlm mana-mana cabang kejuruteraan".
- Acapkali kita mendengar jurutera-jurutera ini bergaji besar dan secara umum kita tahu ada beberapa bidang utama termasuk awam, mekanikal, electrik dan kimia.
- Umum masih kurang jelas (ada juga yg tidak tahu) tentang wujudnya istilah jurutera rangkaian, sistem dan perisian yang selalunya dihasilkan oleh bidang berteraskan Sains Komputer.
Pandangan Umum yang kurang tepat
- Ramai ibu-bapa berpendapat, jika anak mereka ditempatkan di Fakulti Sains Komputer atau berkaitan, akan hanya mempelajari pekara-pekara asas komputer.
- Ada juga yang menyatakan fakulti ini tidak punya masa depan kerana lambakan pelajar bidang sains komputer di pasaran tanpa kerja.
- Rata-rata pelajar juga tidak mahu memilih bidang sains komputer kerana beranggapan bidang ini terlalu umum dan tidak sehebat Awam, Elektrik, Kimia dan Mekanikal.
- Pelajar pula dimomokkan dengan kata-kata umum seperti "a. jika belajar sains komputer korang akan belajar microsoft word; aku yang tak belajar sains komputer pun tahu guna", "b. ala setakat guna Adobe photoshop, aku dah boleh guna masa tingkatan 1", "c. Wifi? umah aku ade wifi, aku yg baiki sendiri","d. nak buat website? aku pun boleh buat dah; setakat HTML, PHP, dan database? aku dah tahu?" dan "e. sepupu aku dulu amik sains komputer, susah dapat keje, internet rumah problem pun dia tak tahu baiki"..dan lain lain lagi yang memperlihatkan Sains Komputer ini tiada apa-apa selain dari mempelajari tentang perkara umum yang semua orang mesti tahu.
- Pelajar memilih sains komputer sebagai pilihan terakhir jika tidak mendapat tempat di bidang kejuruteraan utama.
Sebenarnya
- Istilah jurutera rangkaian, sistem dan perisian telah lama wujud; kesan dari era baru dalam dunia komunikasi dan komputer.
- Banyak istilah digunakan untuk mengambarkan individu yang terbabit secara langsung atau tidak dalam dunia pengkomputeran ini, termasuk "network engineer", "network administrator", "network analyst", "software engineer", "system engineer" dan lain lain istilah, kalau aku tulis tak cukup pulak ruang ni.
- Individu yang terbabit dalam dunia rangkaian dan pengkomputer bukan sahaja membangun kan perisian komputer, malah menjaga, mengkonfigurasi, mengawal semua perkakasan dan perisian yang ada.
- Kata-kata umum yang mempelekehkan bidang ini adalah kerana kurang faham tentang apa yang dipelajari oleh pelajar sains komputer, maka pelajar perlu bertanya kepada orang yang mahir dalam bidang ini tanpa merujuk kepada individu yang tidak menceburi bidang ini. Sama seperti bidang lain, jika pelajar TIDAK menguasai ilmu komputer, peluang untuk bekerja dalam bidang ini adalah sangat tipis. Oleh yang demikian, kuasai dunia pengkomputeran dengan baik dan bezakan dengan individu-individu yang diluar sana.
Kelebihan
- Selesa berbanding bekerja di lapangan. Jika umum tahu, bidang utama seperti awam dan elektrik memerlukan jurutera bekerja di lapangan yang terdedah kepada bahaya seperti kawasan pembinaan, bangunan tinggi dan sebagainya. Namun untuk jurutera berteraskan komputer seperti jurutera rangkaian, umum ketahui semua perkakasan melibatkan komputer (cth: router, switch, server) berada dalam bilik berhawa dingin dan boleh dikawal secara jauh (remote); maka mereka lebih selesa berbanding jurutera lain.
- Skala gaji. Bedasarkan carian dalam Jobstreet, skala gaji bagi bekas graduan dalam bidang-bidang berikut adalah seperti berikut (menggunakan kata kunci berikut dan gaji purata): network - RM2300, software - RM2500, electrical - RM1900, civil - RM2000, mechanical - RM2300 dan chemical - RM2500.00. Kesimpulan, rata-rata gaji awalan untuk bidang komputer hampir sama dengan bidang kejuruteraan lain, malahan lebih baik daripada bidang elektrik dan awam [1].
- Skala gaji. menggunakan kata kunci berikut dan gaji tertinggi: network - RM14,800, software - RM12,500, electrical - RM8500, civil - RM5700, mechanical - RM8000 dan chemical - RM5000.00. Kesimpulan, gaji bidang saing komputer lebih tinggi sehingga mencapai 5 angka melebihi bidang utama :P [1].
- Peluang. Seperti bidang-bidang lain, pekerjaan dalam dunia pengkomputeran tidak terhad di Malaysia kerana umum terima bahawa bidang ini adalah sama diseluruh dunia; maka pelajar boleh bekerja di mana-mana di dunia tanpa halangan.
- Industri. Antara nama industri yang terkenal di Malaysia yang menawarkan pekerjaan seperti IBM, Dimensiondata, Mesiniaga dan HP.
Kesimpulan
Gunakan sebaik mungkin peluang
diberikan walaupun ditempatkan ke fakulti sebegini; abaikan pandangan
umum kerana ramai graduan telah mendapat habuan masing-masing dalam
bidang ini.